Thursday, April 23, 2009

Mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga

Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga. Ia penting kerana:

i) dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni.
ii) disayangi oleh semua ahli keluarga.
iii) mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga.
iv) mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga.

Kita boleh mengamalkan tingkah laku sopan melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku.
Antaranya ialah:

i) menggunakan kata-kata yang sopan ketika berinteraksi dengan anggota keluarga.
ii) tidak menyampuk atau mencelah ketika anggota keluarga yang lain sedang berbual.
iii) tidak menggunakan kekerasan dengan anggota keluarga yang lebih muda.
iv) menggunakan nada suara yang lembut dengan ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua.
v) ketika berjalan melintasi ibu bapa hendaklah menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

Jika kita tidak mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga, kita akan:

i) dibenci oleh keluarga
ii) dipulaukan ahli keluarga
iii) tidak mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga.

Cara menghargai anggota keluarga

Kita sebagai anak seharusnya menghargai setiap pengorbanan ibu bapa kerana mereka telah berpenat lelah untuk mencari rezeki dan menyediakan keperluan-keperluan kita. Kita boleh menghargai anggota keluarga kita dengan:

1.menyatakan kasih sayang dan penghargaan terhadap anggota keluarga dengan mengucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian daripada ibu bapa.

2. menghasilkan kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga.

3. menunjukkan kasih sayang dan menghargai anggota keluarga dengan meraikan hari-hari penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, hari ibu ataupun hari bapa.

4. sentiasa membantu anggota keluarga.

Wednesday, April 22, 2009

Mengenal ahli keluarga dan tanggungjawab

Tanggungjawab ayah ialah:
i) mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal
ii) memberi perlindungan
iii) memberi pendidikan

Tanggungjawab ibu ialah:
i) menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, memberi kasih sayang
ii) memberi pendidikan dan pengetahuan
iii) membantu ayah menguruskan rumah tangga

Tanggungjawab anak ialah:
i) mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapa
ii) menghormati dan menghargai ibu bapa
iii) belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa

keluarga

keluarga kembangan pula terdiri daripada keluarga asas, datuk, nenek, ibu saudara, sepupu dan ipar duai.
keluarga asas terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak.

definisi keluarga


Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti "anggota","kelompok kerabat".

Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit